Thursday, 7 December 2017

Roti puri dan kuih paung inti ikan dari satu adunan.

Entri #141: Roti puri dan kuih paung inti ikan dari satu adunan.
Teks oleh: Umi arbee ali
Foto oleh: Umi arbee ali

Berhampiran rumah kami ada satu kedai jual roti puri. 5 keping Rm2 aje. Tapi anak suka. Bila makan ramai-ramai jadi tak cukup pulak.

ROTI PURI.
Uli doh dan buat sendiri roti puri di rumah.
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar minyak
Secubit garam
Air
Uli sempurna hingga tak melekat di tangan. Minyak banyak dan betul-betul panas ketika menggoreng. Mesti siramkan minyak ke atas doh ketika goreng supaya kembung. Saya tak letak yis dan ia menjadi kembung. Anak makan cicah susu pekat.

Baki doh masuk peti ais. Besoknya recycle buat kuih paung. Juga dipanggil kuih bom sebab ia meletup-letup ketika menggoreng. Semalam tepung gandum tak cukup. Jadi taburan tepung saya guna tepung pulut (apa yang ada di rumah aje). Jadi bolehlah recycle buat kuih paung sebab asas doh lebih kurang sama.

KUIH PAUNG INTI IKAN.
Uli semula doh. Tambah tepung pulut dan santan. Doh sebenar ialah 2 cawan tepung pulut : ½ cawan tepung gandum, 1 sudu besar minyak, secubit garam, santan.

Isi ikan
Bawang merah
Halia
Halba
Lada hitam
Santan
Bakar ikan dan ambil isi aje. Kisar dengan bawang merah, halia, halba, lada hitam. Masak bahan kisar dengan santan hingga kering. Jangan kering sangat. Agak-agak sedikit basah.

Gentel bulat dan sumbat inti ikan. Goreng dengan minyak banyak dan panas. Guna api kecik supaya kuih tak meletup.

Facebook sudah. Insta pon sudah. Iklankan di blog pula. Bergabung homestay tempatan di sini www.senaraihomestaymalaysia.blogspot.com

Friday, 29 September 2017

Resepi lobster butter cheese dan sup lobster.

Entri #140: Resepi lobster butter cheese dan sup lobster.
Teks oleh: Umi arbee ali
Foto oleh: Umi arbee ali

Sudah jadi kebiasaan, kak b masak lebih dari satu menu untuk satu jenis bahan yang dibeli. Misalnya kak b beli sekilogram sotong. Harini masak sambal, sebahagian simpan. Selang beberapa hari, masak ketupat sotong. Kepala sotong biasanya kak b simpan untuk ditambah dalam nasi goreng, mihun goreng atau mee sup. Kak b jarang habiskan sekilogram sotong yang dibeli untuk satu jenis lauk sahaja.

Rezeki Allah bagi suami memancing di Mersing dapat seekor udang kara (lobster). Suami pesan masak butter cheese. Tak usah berempah nanti tak rasa manis isinya.

Tengahari kak b keluarkan dari peti ais. Biarkan defrost tanpa rendam supaya tak hilang manis udang. Susah payah menyiangnya guna gunting dan pisau seramik. Kulitnya keras mak ai. Tengok dalam youtube tak susah begini. Berjaya juga siang tanpa bercerai kepala dari badan. Tapi gagal bahagian masukkan kembali kulit ekor dan kepala. Lumur dengan bawang putih tumbuk, butter, cream, pepper, garam dan tabur cheese. Link youtube siang lobster klik di sini.

Dulu pernah masak lobster tapi hasil mengecewakan isi keras terlebih masak. Kalini berhati-hati. Guna microwave oven yang dah berusia hampir 10 tahun. Tekan fungsi grill nombor 2-lobster dengan berat 300 gram. Rak rendah dengan fungsi api atas dan microwave selama 10 minit. Alhamdulillah juicy isinya sedang elok masak.

Esok, kak b masak sup lobster. Kikis baki isi  di badan dan kulit. Ketuk kaki lobster dan ambil isi dalam. Kemudian tumbuk.
1. Tumis bawang putih tumbuk, cili padi.
2. Masuk air, baki air gril lobster, isi lobster yang ditumbuk, asam jawa, fucuk dan su'un yang direndam, kiub ayam, five spice chinese herbs.
3. Masuk sawi, tomato ceri, gula garam.

Pelbagaikan masakan daripada satu jenis bahan mentah yang dibeli. Ini cara kak b berjimat di rumah.

Umi arbee ali
Pisau seramik tu kak b jual rm15 aje. Kecil pelbagai guna kupas bawang boleh, siang lobster pon boleh.

Wednesday, 27 September 2017

Resepi jemput roti manis atau cekodok roti manis.

Entri #139: Resepi jemput roti manis atau cekodok roti manis.
Teks oleh: Umi arbee ali
Foto oleh: Umi arbee ali

Roti yang tak habis atau hampir tarikh luput jangan buang. Apa jua jenis roti sama ada roti gardenia putih, butterscotch, choc raisin, roti inti kaya atau roti kentang. Kak b akan cepat-cepat ambil dan simpan dalam peti ais. Suhu sejuk menjadikan roti yang sudah melepasi tarikh luput sekadar 2, 3 hari masih berkeadaan elok belum berkulat. Ini antara cara kak b berjimat di rumah.

1. Koyakkan roti kepada cebisan kecil.
2. Campur tepung gandum, air, telur, sedikit susu pekat, garam.
3. Goreng hingga masak.

Kami biasa makan ini untuk sarapan pagi. Kak b sediakan adunan pada malamnya dan simpan dalam peti ais. Satu idea sarapan ringkas dan cepat disediakan.

Umi arbee ali
Sarapan dengan susu kambing.

Tuesday, 19 September 2017

Tambah isi bantal daripada tilam toto kekabu lama.

Entri #138: Tambah isi bantal daripada tilam toto kekabu lama.
Teks oleh: Umi arbee ali
Gambar oleh: Umi arbee ali

Tilam toto kekabu ni kak b guna sudah lebih 10 tahun. Sudah nipis jika dibentang atas lantai. Di tengah-tengah hanya tinggal kain. Isi kekabu sudah lari berkumpul di tepi.

Penghujung nasibnya, biasa kita nampak di tepi tong sampah. Menunggu masa diangkut lori sampah. Atau dibakar berkepul-kepul asapnya. Atau terperuk disimpan di sudut paling malap dalam rumah sendiri bertahun-tahun tak diusik. Nak dibuang sayang. Nak disimpan dianggap tak berguna.

Bantal kekabu bila sampai masa kena tambah isinya. Semakin lama semakin kempis, tak selesa. Di sini, satu plastik kekabu sebesar bantal saiz standard dijual dengan harga RM30. Mahal juga tu. Pilihan lebih murah ialah polyfoam yang panas berpeluh, nampak aje kembung letak kepala beberapa minit jadi makin kempis.

Jadi kak b guna semula isi tilam toto ni. Kena buat di luar rumah sebab agak bersepah prosesnya. Eloklah pakai topeng sebab kekabu buat kita bersin gatal hidung.

1. Mula-mula kena tetas jahitan quilt di permukaan toto.
2. Kumpulkan kekabu setempat di tepi toto supaya mudah ambil.
3. Tetas satu bahagian tepi toto dan bantal sepanjang 5 inci. (eloknya ikut saiz tangan yang keluar masuk menggenggam kekabu).
4. Ambil kekabu masukkan ke dalam bantal. Tepuk bantal. Masukkan tangan ke dalam bantal dan gaul kekabu lama dan baru supaya bercampur sekata. Ulang ambil, tepuk dan gaul hingga dapat kepadatan yang disukai. (Ada suka bantal keras, ada suka lembik)
5. Jahit bukaan pada bantal.
6. Tepuk-tepuk bantal di semua sisi.
7. Jemur sekejap.

Umi arbee ali
Suri Berjimat Di Rumah
Sejak kecil selalu tengok mak tambah isi bantal kekabu.

Friday, 1 September 2017

Satu roti oblong untuk pelbagai menu.

Entri #137: Satu roti oblong untuk pelbagai menu.
Teks oleh: Umi arbee ali
Foto oleh: Umi arbee ali

Kak b selalu pening beli roti di kedai frozen. Kedai menjual barang mentah untuk peniaga burger, roti john dan western food. Sebabnya burger perlukan roti bulat. Roti untuk roti john saiznya panjang, tanpa bijan dan sedikit keras. Roti sosej tanpa bijan juga, sedikit kecil dan lembut gebu.

Peninglah sebab ia dijual seplastik besar ada 10 buku. Tak boleh beli sikit-sikit. Sedangkan kak b beli masak untuk keluarga kecil.

Akhirnya kak b selesaikan pening dengan roti oblong. Panjang, dengan taburan bijan dan sederhana keras. Satu plastik ada 10 buku roti. Sudah selamat masak semuanya pelbagai menu. Burger, roti john, roti jejari ketam ala subway dan roti telur mata (kuning mesti cair). Alhamdulillah jimat.

Resepi menyusul ye.

Friday, 21 July 2017

Carian google oleh pelanggan.

Entri #136: Carian google oleh pelanggan.
Teks oleh: Umi arbee ali
Foto oleh: Umi arbee ali

Setiap kali muatnaik iklan bergambar saya pastikan ada cara hubungi pada gambar sama ada nombor telefon, link blog, instagram atau fb. Saya pilih nombor telefon kerana memudahkan saya respon pantas dengan pelanggan.

Gambar iklan beserta nombor telefon saya muatnaik di fb, page, instagram dan tak lupa blog. Ramai sebenarnya yang google untuk maklumat atau gambar yang diingini seperti pelanggan saya, Encik Zam.

Jadi, jangan lupakan kuasa iklan blog. Jika rasa leceh atau tak ada masa untuk blogging dapatkan tapak iklan blog kami. Kami bantu promo bagi pihak empunya bisnes melalui carian google oleh pelanggan.

Umi arbee ali
Cuba google minyak rambut zaitun ana edar.

Tuesday, 9 May 2017

Penapis habuk mesin basuh.

Entri #135: Penapis habuk mesin basuh.
Teks oleh: Umi Arbee Ali
Foto oleh: Umi Arbee Ali


Minggu lepas mesin basuh buat hal. Jenama LG. Dah tua usianya 12 tahun. Air dari paip tak masuk ke dalam mesin basuh. Huh gigih saya angkut air guna baldi dari paip sinki dapur. Sempat juga basuh baju dua kali dengan cara tu sebelum Uncle Lee datang membantu.

Uncle Lee pernah dua kali datang baiki mesin basuh yang sama. Saya kenal dia dari kawannya yang datang baiki peti ais. (Banyak betul barang pernah rosak di rumah ni ye ;) Saya telefon waktu pagi maklumkan masalah. Katanya mungkin valve atau motherboard. Kos valve dalam RM150. Motherboard pula RM250. Jika tak ada sebarang masalah, boleh terus siap baiki on the spot. Dia bertanya bila saya free dan ada di rumah. Saya jawab "saya surirumah yang bekerja dari rumah jadi saya sentiasa ada di rumah".

Petangnya, bila dia dalam perjalanan menghampiri Bangi, dia telefon bertanya saya ada di rumah ke, lagi setengah jam akan sampai.

Memang benarlah masalah valve. Dan saya juga beli penapis habuk mesin basuh dengan Uncle Lee berharga RM10 seunit. Kainnya sangat elok kukuh. Bukan kain stokin yang pernah saya beli di kedai barang plastik. Cuma saiznya tak ngam untuk semua jenis mesin basuh. Dengan mesin basuh LG saya sedang elok masuk ke dalam slot pemegangnya. Kata Uncle Lee, penapis habuk ni tak dijual dalam kuantiti sedikit. Dia terpaksa beli minimum kuantiti 50 unit.

Tengok jenis kainnya.


Saya ambil dua unit. Semua sekali kosnya RM180. Alhamdulillah sehingga ke hari ini, saya dah tak perlu angkut air guna baldi.



Umi Arbee Ali
Suka :) sebab dah tak perlu jahit kain penapis habuk.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...